she got softcopy
Masih berharap/mencarik yg original..
Softcopy ni dah ada lama… sebelum sy mintak tlg awak tgok2 kan yg ori..
Jgn salah faham.. jgn merajuk.. nanti sy sedih
ari senin kot awk dpt parcel tuh..
Perpustakaan MBPJ
Pagi-pagi tadi, hamba DJ masih berusaha mencari maklumat berkenaan buku klasik Hikayat Panji Semirang itu.
Bila hamba DJ taip librari universiti malaya di google search engine, dipendekkan cerita, maka ada result buku tersebut, siap sekali dengan nombor panggilan buku itu. Status buku – available. Gembira hati hamba DJ bukan lagi kepalang!
Maka hamba DJ pun bergegas kesana pada tengahari tadi setelah membuat perhubungan telefon dengan kerani yang sedang bertugas. Perpustakaan MBPJ di Jalan Selangor itu berdekatan dengan Hospital Assunta.
Dipendekkan cerita juga, maka hamba DJ mendaftar semata-mata untuk meminjam buku klasik tersebut. Alhamdulillah.
Tapi hamba DJ masih berusaha untuk membeli salinan yang original.
Dewan Bahasa Pustaka
Masa tengahari, hamba DJ telah mendapat ilham untuk pergi ke Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Jalan Hang Tuah itu. Disana, pengendali kedai buku telah menyuarakan kepada hamba DJ bahawa terdapat 2 jenis cetakan buku ‘Hikayat Panji Semerang’ terbitan DBP. Terbitan lama (1992) tiada lagi, tetapi terbitan 2003 untuk edisi remaja boleh didapati di stor kedai buku DBP di Ulu Kelang.
Dipendekkan cerita, di UK itu, edisi remaja yg berharga (RM9) dibeli oleh hamba DJ. Pada waktu yang sama, pengendali kedai buku itu memesan buku klasik dari kedai buku DBP di Pulau Pinang. Itupun bergantung pada cuaca.
Hikayat Panji Semirang
..adapun jika memanda kekanda terjumpa akan buku yang tersebut, sesungguhnya akan mekarlah kuntuman-kuntuman riang di hati adinda ini.. setelah hampir sepurnama adinda menjelajah ke seluruh pelusuk bumi Iskandariah yang indah lagi tersohor keseluruh pelusok benua ini.. semata-mata untuk mencari buku tersebut..
..maka adapun kekanda hanya perlu menyatakan di manakah gerangan letaknya buku tersebut.. seterusnya akan adinda utuskan hamba sahaya dari ibu pejabat adinda di sana untuk membeli buku tersebut bagi pihak adinda..
.. arakian sesungguhnya budi baik memanda kekanda akan terpahat kemas dibatu jemala adinda sehingga ke akhir hayat, adanya.. wahai kekanda Raden Dopo Negoro Hamba Dato’j Kertapati…
-
Recent
-
Links
-
Archives
- October 2007 (1)
- August 2007 (6)
- July 2007 (2)
- May 2007 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS



